awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat tekong dan 21 PATI ditahan di Pantai Tanjung Lompat

Fareez Azman
Fareez Azman
02/09/2020
08:36 MYT
Empat tekong dan 21 PATI ditahan di Pantai Tanjung Lompat
Kesemua tekong dan PATI telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut. -ATM
Empat tekong bersama 21 orang Pendatang Tanpa Izini (PATI) warga Indonesia ditahan dalam Operasi Benteng di Pantai Tanjung Lompat, Desaru, Johor yang dijalankan pada pagi Rabu.
Menerusi kenyataan media Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 pagi selepas Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan pergerakan dua buah bot dipercayai membawa PATI.
"Hasil maklumat perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kota Tinggi dan bantuan radar Kenderaan Perisai Gempita Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) berjaya mengesan pergerakan dua buah bot yang mencurigai masuk ke perairan Malaysia cuba untuk menurunkan dan mengambil PATI di lokasi persisir pantai Tanjung Lompat sekitar jam 04.45 pagi.
"Serbuan dilakukan sekitar jam 05.40 pagi oleh pasukan 1 RRD dengan bantuan anggota PDRM ke atas sebuah bot yang sedang merapati pantai telah berjaya menahan 21 orang yang disyaki PATI serta 4 individu (lelaki) yang disyaki bertindak sebagai Tekong Laut,"jelas kenyataan media itu.
Daripada 21 PATI yang ditahan, 17 individu merupakan PATI yang ingin pulang ke Indonesia melibatkan lapan lelaki dan sembilan perempuan.
Manakala empat lagi PATI dipercayai baru sahaja tiba di Malaysia. Turut dirampas adalah sebuah bot fiber bersama 3 buah enjin berkapasiti 200 kuasa kuda.
Kesemua tekong dan PATI telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
Pasukan meneruskan kawalan keselamatan di persisiran pantai bagi memastikan perairan negara bebas dari sebarang bentuk pencerobohan dan penyeludupan.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Indonesia
#keselamatan
#Kota Tinggi
#Operasi Benteng
#pati
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan