Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Ogos 2026.

  1. SUKMA ke-22 Selangor perkukuh pembangunan bakat, 132 atlet berpotensi ke Sukan SEA 2027

    Jumlah berkenaan terdiri daripada 59 atlet lelaki dan 73 wanita.

  2. Bersatu secara dasar restu dua ADUN Pahang sokong Wan Rosdy

    Ahmad Faizal berkata keputusan itu dibuat bagi menjamin kestabilan politik di Pahang.

  3. TransNusa lancar penerbangan terus dari Lampung ke Kuala Lumpur

    Laluan baharu itu dijangka meningkatkan akses antara Indonesia dan Malaysia.

  4. Pempengaruh agama mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM13.8 juta milik NGO

    Tertuduh, Abdullah Abdol Razak turut memohon dibicarakan atas 17 lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.55 juta.

  5. PAC buka prosiding siasat isu tadbir urus, pelaburan Tabung Haji

    Keputusan dipersetujui sebulat suara oleh jawatankuasa berkenaan selepas meneliti kandungan laporan RCI yang didedahkan kepada umum 29 Julai lalu.

  6. Ismail Sabri bakal didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

    Bekas Perdana Menteri itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

  7. Hentikan tindakan disiplin kritik kerajaan, universiti bukan gelanggang protokol lapuk - PM Anwar

    Kerajaan mengarahkan pihak universiti dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) melepaskan serta-merta sebarang tindakan disiplin terhadap mahasiswa yang dikenakan hukuman semata-mata kerana menyuarakan pandangan atau kritikan kepada pimpinan negara.

  8. Jawapan 'tiada komen' sebanyak 15 kali, peguam mohon mahkamah perintah bekas CEO 1MDB jawab soalan

    Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berulang kali enggan memberikan komen ketika disoal peguam yang mewakili defendan dalam saman sivil berjumlah USD5.64 bilion.

  9. Pemeriksa forensik kenal pasti tulisan daripada beberapa individu dalam jurnal Zara Qairina

    Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa beberapa jurnal yang diperiksa berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mengandungi catatan tulisan tangan beberapa individu.

  10. RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. 

Must Watch Video

Advertisement