KUALA PERLIS: Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Sabtu bertitah menggariskan empat tindakan yang boleh dilakukan untuk memartabatkan lagi institusi masjid yang memainkan peranan penting dalam membina kemajuan ummah.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah tindakan pertama ialah umat Islam perlu mempromosikan masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam serta mengimarahkan rumah ibadat itu dengan pelbagai aktiviti pembangunan ummah seperti penganjuran program Jelajah Ramadan RTM di masjid.
"(Tindakan) Kedua, memelihara masjid daripada anasir yang melemahkannya, maka tanggungjawab menegakkan kebenaran perlulah dilaksanakan bagi setiap masa, ketiga menyediakan kemudahan mesra jemaah atau pengguna yang lebih menarik untuk menggalakkan aktiviti pengimarahan masjid," titah baginda.
Pemangku Raja Perlis itu bertitah demikian pada majlis penutupan Program Jelajah Ramadan RTM 2023 yang disempurnakan baginda di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini semalam.
Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman.
Penganjuran program jelajah Ramadan yang masuk tahun ke-11 itu lebih istimewa kali ini kerana dilaksanakan di 77 masjid dan surau terpilih di seluruh negara yang bersempena sambutan ulang tahun ke-77 RTM sebagai stesen penyiaran ulung dan terbaik negara dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah tindakan keempat pula adalah dengan memperbanyakkan kerjasama strategik antara agensi bagi mencapai objektif semaksimum mungkin dan aktiviti jelajah Ramadan ini memenuhi kriteria itu serta memberikan impak kepada masyarakat.
Sementara itu, baginda turut bertitah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota beruniform yang bertugas di sempadan negara pada Aidilfitri nanti serta menyeru mereka menjalankan tugasan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti berpandukan pematuhan undang-undang.
Seramai 77 asnaf diraikan pada majlis itu dengan pemberian sumbangan wang tunai yang disempurnakan Pemangku Raja Perlis selain anggota keselamatan dan petugas sempadan negara turut menerima sumbangan berupa kuih raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan sumbangan kepada asnaf pada Majlis Penutup Program Jelajah Ramadan 2023 di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kuala Perlis, 15 April 2023. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.
Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat tembakan di sekitar masjid di kawasan Wadi al-Kabir di ibu negara, Muscat.
Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan
Polis memaklumkan semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah diambil sebagai tindak balas terhadap insiden itu.
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.
Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai
SUARA misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid
Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dijumpai di Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, pada Selasa.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.
'Anak kecil susah dijaga, sebaiknya tidak dibawa ke masjid'
Kanak-kanak masih kecil dan susah dijaga sehingga boleh mengganggu jemaah ketika bersolat sebaiknya tidak dibawa ke masjid.