SHAH ALAM: Empat warga asing termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan wang milik seorang lelaki tempatan sebanyak RM360,966 atas urusan pembelian emas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua suspek berusia 24 hingga 37 tahun itu ditahan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di Persiaran TRX dan Jalan Razak Mansion di ibu negara pada 28 dan 29 Jun lepas.
Beliau berkata tangkapan itu membawa kepada penemuan wang tunai sebanyak RM28,300, dua kereta, enam telefon bimbit, komputer riba, enam keping kad bank, kunci rumah dan tiga beg pelbagai jenis.
Terdahulu, Hussein berkata mangsa telah dijemput oleh seorang daripada suspek lelaki untuk ke pejabatnya pada 24 Jun bagi bertemu seorang lagi suspek bagi melakukan urusan pembelian emas.
"Mangsa seterusnya dibawa menaiki kereta ke Jalan Sulaiman 1, Ampang dan diminta duduk di kerusi belakang bagi menyelia proses pengiraan wang berkenaan.
"Suspek kemudian secara tiba-tiba bertindak melarikan beg berisi wang tunai yang diletakkan di ruangan kaki tempat duduk penumpang hadapan dan menaiki sebuah lagi kereta dengan mangsa ditinggalkan dalam kereta yang berkunci," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi penjenayah tersebut adalah dengan menjanjikan emas kemudian melarikan wang semasa transaksi dilakukan.
Hussein berkata dua suspek kini direman hingga 12 Julai manakala selebihnya hingga 16 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Hussein berkata dua suspek kini direman hingga 12 Julai manakala selebihnya hingga 16 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Sinar Harian
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.
Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun
Perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan polis.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.