awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
KPKT peruntuk RM20 juta turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan

Bernama
Bernama
21/11/2024
13:30 MYT
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Kumar berkata siasatan setakat ini mendapati kumpulan terbabit bergerak sendiri tanpa melibatkan kumpulan lain atau mana-mana agensi kerajaan. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata kesemua mereka berusia dalam lingkungan 27 hingga 44 tahun termasuk tujuh warga asing itu berperanan sebagai pembuat, pengedar dan pembeli kad pemastautin tetap Malaysia yang disyaki palsu.
Beliau berkata pihaknya turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan bagi membuat kad pemastautin palsu tersebut termasuk sembilan kad pemastautin tetap Malaysia, satu kad pengenalan dan satu kad perakuan nikah.
Rampasan itu dilakukan dalam beberapa siri serbuan serta pemeriksaan di sekitar daerah Kulai, Seri Alam dan Kajang, Selangor pada Sabtu hingga Isnin lepas, katanya.
"Selain itu, tiga unit cop berlogo agensi kerajaan, sembilan gambar berukuran pasport, 10 telefon bimbit, dua set komputer, sebuah komputer riba, dua mesin pencetak, satu mesin membuat cop getah, satu mesin 'laminate' dan beberapa kertas disyaki digunakan untuk mencetak kad palsu turut dirampas.
"Sindiket berkenaan dipercayai memulakan kegiatan mereka September lepas dan mengenakan bayaran RM7,000 dengan menyasarkan warga asing yang telah masuk dan tinggal di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata siasatan setakat ini mendapati kumpulan terbabit bergerak sendiri tanpa melibatkan kumpulan lain atau mana-mana agensi kerajaan.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 471 akta sama serta Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1959.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#warga asing
#kad palsu
#dokumen perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan