awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki didakwa culik dua warga asing

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/11/2024
07:10 MYT
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Semua tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
BUTTERWORTH: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Tertuduh warga Myanmar Habizur Rahman Abdul Jamil, 27, dan Abdullah Abu Jamil, 38, mengaku bersalah manakala warga tempatan Hadzri Abd Hamid, 40, dan Azri Shahrizal Abdul Rahman, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Mohamad Azrul Mohd Subri.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama telah menculik Mohammad Golam Azam dan Khan Md Alomgir dengan niat supaya kedua-duanya dikurung secara rahsia dan secara salah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth, jam 8.30 malam pada 13 November lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreen Zainurin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan dua tertuduh warga Myanmar diikat jamin kerana bukan warganegara manakala dua tertuduh tempatan masing-masing dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula 3 Disember depan untuk kehadiran jurubahasa Myanmar.
Topic Berkaitan
#kes culik
#warga asing
#pulau pinang
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan