awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat warga Myanmar ditahan disyaki bunuh rakan senegara

Bernama
Bernama
17/09/2025
08:15 MYT
Empat warga Myanmar ditahan disyaki bunuh rakan senegara
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Empat warga Myanmar termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki membunuh rakan senegara di sebuah rumah kongsi dekat kebun Sonchong, Gua Musang pada Rabu lepas.

Ringkasan AI
  • Empat warga Myanmar termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki membunuh rakan senegara di rumah kongsi kebun Sonchong, Gua Musang.
  • Mangsa dipercayai dipukul hingga maut dengan parang selepas didakwa memeluk suspek wanita, mencetuskan rasa cemburu.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen, dengan semua suspek direman tujuh hari dan tiada dokumen perjalanan sah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek berusia 30 hingga 46 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan di rumah kongsi di tapak ladang, Hutan Simpan Kekal Ulu Galas, Gua Musang kira-kira 7.30 pagi semalam.
"Kejadian dipercayai akibat cemburu kerana mangsa dikatakan memeluk suspek wanita yang berusia lingkungan 30-an, sebelum kesemua mereka bertindak memukulnya menggunakan sebilah parang penebas sawit sehingga maut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata keempat-empat suspek juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan telah direman selama tujuh hari bermula semalam.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mohd Yusoff berkata polis telah menahan tiga beranak terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan berusia 19 hingga 60 tahun serta merampas dadah dan daun ketum bernilai kira-kira RM1.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah dekat Mukim Pauh Panji, di sini pada Rabu.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis menemukan 18 bungkusan kertas kekuningan disyaki berisi dadah jenis pil Yaba seberat 12.02 kilogram dan 150 bungkusan plastik cerah disyaki daun ketum.
"Kesemua suspek direman selama dua minggu bermula 11 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Gua Musang
#warga myanmar
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan