Sebanyak enam akta berkaitan keselamatan dan hukuman mati akan dipinda yang dijangka dapat dibentangkan di Dewan Rakyat sama ada akhir sesi Parlimen ini atau tahun hadapan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Enam akta yang akan dipinda adalah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Katanya, laporan berhubung perkara itu sudah disiapkan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Undang-undang Keselamatan dan kini ia sedang diteliti oleh sebuah jawatankuasa teknikal di Jabatan Peguam Negara.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan memorandum kabinet menteri untuk mendapatkan keputusan mengenai pindaan atau pemansuhan undang-undang berkaitan keselamatan berdasarkan pandangan yang dikemukakan jawatankuasa khas dan penelitian lanjut oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, KDN akan memperkenalkan satu prosedur operasi standard (SOP) baru yang membabitkan penahanan di bawah enam akta tersebut.
“Ini sehingga pindaan atau pemansuhan undang-undang berkaitan keselamatan diluluskan Parlimen dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Diyana Ibrahim
Wed Oct 24 2018

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media ketika menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

Cubaan seludup gagal, 11,000 karton rokok bernilai RM1.8 juta berjaya dirampas
Kedua-dua suspek pemandu lori dan kereta telah ditahan dan kesemua barang kes dirampas untuk tindakan lanjut.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

Segerakan konsultasi Akta Pendanaan Politik rentas parti
Pendanaan politik tanpa peraturan dan kawalan akan mewujudkan risiko tinggi berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.

Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.

JASNS keluar 20 kompaun berjumlah RM40,000 terhadap 17 premis
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) mengeluarkan 20 kompaun berjumlah RM40,000 ke atas 17 premis yang gagal mematuhi Akta Alam Sekeliling 1974.

Kerajaan digesa segerakan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik
Presiden Majlis Peguam Karen Cheah Yee Lynn berkata, undang-undang sedia ada lapuk dan tidak lagi relevan digunakan pada masa ini.

Pekerja boleh buat pemohonan AKF untuk bekerja secara fleksibel - Awang Hashim
Permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.

MOTAC ambil tindakan terhadap pihak tawar badal haji meragukan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan terhadap pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej badal haji yang meragukan menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini.