Tempoh peperiksaan yang masih berbaki beberapa bulan lagi tidak memberi sebarang keinsafan kepada seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila dia ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah pada Khamis.
Lebih malang lagi, murid yang ditahan dalam operasi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang di kafe siber itu turut didapati telah enam bulan tidak hadir ke sekolah.
Murid yang dikatakan berdepan dengan masalah disiplin dan pembelajaran itu merupakan antara tiga murid sekolah rendah dan tiga pelajar sekolah menengah yang ditahan, yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Ketua Skuad SRS, KRT Teluk Ketapang, Zainuddin Awang berkata, operasi itu dilaksanakan selepas mendapat banyak aduan daripada pelbagai pihak berhubung kes ponteng sekolah.
"Semua pelajar yang ditahan kemudian dirujuk kepada pihak sekolah masing-masing untuk tindakan lanjut.
"Operasi yang kita lakukan ini bertujuan untuk memperkasakan peranan SRS dan dan dalam masa yang sama membendung sebarang kegiatan tidak bermoral melibatkan masyarakat.
"Malah, kita juga ingin meminta agar pihak sekolah untuk memberi kerjasama kepada pihak kami dalam usaha untuk mengekang masalah gejala sosial melibatkan pelajar," katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Khamis.
Menurut Zainuddin, operasi di bawah program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (Face) kendalian Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu itu dibuat untuk mencapai indeks keluarga sejahtera.
Tambahnya lagi, operasi sedemikian akan dijalankan secara lebih kerap sehingga aktiviti ponteng dalam kalangan pelajar sekolah diatasi sepenuhnya.
"Masyarakat juga diharap memberi kerjasama dengan memaklumkan dengan kadar segera kepada pihak kami atau pemimpin penduduk jika didapati kawasan mereka menjadi tempat pelajar ponteng,"katanya.
Sinar Harian
Fri Jul 27 2018

Murid-murid yang ditahan diberikan nasihat sementara menunggu kedatangan guru mereka. Foto Sinar Harian

AWANI Ringkas: Tottenham Hotspur pecat Jose Mourinho
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ibrahim Sani's Notepad: Maybank's ESG Compendium
Maybank Investment Bank has published their ESG Compendium. Ibrahim Sani speaks with Anand Pathmakanthan as he shares more about the thinking behind the ESG Compendium, Maybank IB's maiden ESG Portfolio, and how they are helping their clients' ESG investing journey.

Polis trafik maut motosikal rempuh tiang Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikalnya terbabas lalu merempuh tiang Plaza Tol Pulau Pinang di sini, pada petang Isnin.
![[TERKINI] SOP Pergerakan Rentas Negeri [TERKINI] SOP Pergerakan Rentas Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900597/25447325821618840718590_640x360.jpg)
[TERKINI] SOP Pergerakan Rentas Negeri
Ikuti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung SOP rentas negeri. #AWANIterkini #HapusCOVID19

Rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan dari Isnin hingga Khamis - Polis
Permohonan pergerakan yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis, manakala pergerakan pada hujung minggu tidak diluluskan kecuali urusan kecemasan dan kematian.
![AWANI 7:45 [19/04/2021] - Asia Timur Berjaya tangani COVID-19 | Trend kebimbangan sebelum tahun 2020 AWANI 7:45 [19/04/2021] - Asia Timur Berjaya tangani COVID-19 | Trend kebimbangan sebelum tahun 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900594/25447325801618838674715_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [19/04/2021] - Asia Timur Berjaya tangani COVID-19 | Trend kebimbangan sebelum tahun 2020
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Suami isteri boleh dapatkan janji temu suntikan vaksin COVID-19 bersekali - Khairy
Pasangan suami isteri boleh mendapatkan tarikh dan waktu janji temu suntikan vaksin COVID-19 bersekali untuk memudahkan pergerakan ke pusat pemberian vaksin.

Agenda AWANI: Dekati golongan OKU terima suntikan vaksin fasa kedua
Tidak boleh mendengar, melihat, bertutur dan pelbagai lagi kekangan, bagaimana menggalakkan penyertaan golongan OKU untuk menerima suntikan vaksin fasa kedua? Diskusi Nazri Kahar bersama Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ahli Dewan Negara dalam Agenda AWANI.

Jangan cemas, PKPD seluruh Tawau hanya khabar angin!
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial kononnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di seluruh daerah itu.

Kejadian ribut petir bukan kesan perubahan iklim sahaja - MetMalaysia
MetMalaysia menjelaskan bahawa adalah kurang tepat untuk mengatakan ribut petir yang melanda pantai barat Semenanjung baru-baru ini berpunca daripada perubahan iklim sahaja.

Padah asyik main permainan video, lelaki mati di depan komputer
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah di bahagian mulut akibat gigitan pada lidah.

Enam bulan ponteng sekolah
Lebih malang lagi, murid yang ditahan dalam operasi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang di kafe siber itu turut didapati telah enam bulan tidak hadir ke sekolah.

Lelaki bebas tuduhan bunuh kerana tidak waras
Hakim Datuk Abdul Halim Aman bagaimanapun memerintahkan Yip Chun Hoong, 33, dihantar menjalani rawatan pemulihan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Pengusaha kafe siber ditahan bawa 5kg syabu di tawau
Suspek berusia 46 tahun itu ditahan berdasarkan maklumat hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah dan polis Tawau, pada pukul 10.45 pagi.

Penjenayah samun kafe siber ditembak mati polis
Polis menembak mati seorang penjenayah warga Indonesia yang merompak sebuah kafe siber di Taman Fedeson, Kepong.