awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam ditahan kerana bergaduh susulan kemalangan

Bernama
Bernama
12/05/2023
14:10 MYT
Enam ditahan kerana bergaduh susulan kemalangan
Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku susulan satu kejadian kemalangan maut di Tanjung Bungah, Isnin lepas. - Foto Sinar Harian/media sosial
GEORGE TOWN: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku susulan satu kejadian kemalangan maut di Tanjung Bungah di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata semua mereka yang berumur 28 hingga 59 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis, dan kes disiasat menurut Seksyen 147 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
''Kejadian berlaku pada 8 Mei lepas kira-kira pukul 11.20 pagi di Jalan Loh Poh Heng, Tanjung Bungah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan awal pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara ahli keluarga kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan berkenaan, sebelum ia berlarutan sehingga ada yang bertumbuk.
"Orang ramai dinasihat agar tidak menularkan rakaman video berhubung kejadian itu bagi mengelak sebarang spekulasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bergaduh
#kemalangan
#Tanjung Bungah
#Polis Daerah Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan