KUALA TERENGGANU: Sebanyak enam fasiliti kesihatan di Terengganu masih ditutup disebabkan banjir yang melanda pada 18 Disember lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Kasemani Embong berkata ia termasuk lima Klinik Desa (KD) di Besut serta satu di Dungun yang mengalami kerosakan teruk, dan memerlukan kerja-kerja pembaikan.
Beliau berkata operasi klinik berkenaan telah dipindahkan ke fasiliti berdekatan supaya perkhidmatan serta rawatan kepada pesakit dapat diteruskan seperti biasa.
"Di Besut KD yang terlibat ialah KD Alor Keladi; KD Tembila; KD Felda Tenang; KD Alor Lintah dan KD Bukit Payung manakala di Dungun, KD Kuala Jengal," katanya dalam kenyataan hari ini.
"KD Tembila; KD Felda Tenang; KD Alor Lintah dan KD Bukit Payung akan beroperasi kembali pada 1 Jan ini manakala bagi KD Alor Keladi dan KD Kuala Jengal pula, tarikh pengoperasian semula akan diumumkan kelak," tambahnya.
Sementara itu Kasemani berkata tiada wabak penyakit berjangkit dilaporkan berlaku di semua 315 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka dalam tempoh banjir, malah pihaknya juga telah menjalankan aktiviti kawalan pasca banjir di PPS serta lokaliti banjir bagi mencegah penyebaran penyakit berjangkit dan kawalan vektor.
"Bagi aktiviti kawalan vektor 3,788 premis telah diperiksa dan hanya satu premis didapati positif pembiakan nyamuk. Tiada kehadiran lipas, lalat dan tikus ditemui. Pengurusan sampah-sarap telah diuruskan dengan baik oleh komuniti setempat," katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan makan dan minum daripada sumber yang tidak dimasak bagi mencegah penyakit bawaan air dan makanan.
"Ibu bapa juga perlu mengawasi anak-anak daripada bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan terdedah kepada risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Kasemani Embong berkata ia termasuk lima Klinik Desa di Besut serta satu di Dungun yang mengalami kerosakan teruk, dan memerlukan kerja-kerja pembaikan. - Sinar Harian
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.