Mereka yang dituduh merupakan sebahagian daripada 17 individu yang ditahan pada 5 April lalu kerana dipercayai merancang menculik VVIP, merancang untuk menyerang kepentingan kerajaan dan pusat hiburan selain merancang untuk merompak senjata api di balai polis dan juga kem tentera.
Mereka dipercayai merancang menculik VVIP, merancang untuk menyerang kepentingan kerajaan dan pusat hiburan. - Foto PDRM
Mereka yang dituduh adalah Abu Daud Murad Halimmuddin, Hadharami Hashim, Mohd Yusri Mohd Yusof, Ali Saifuddin, Nor Azmi Jailani dan Murad Halimmuddin Hassan.
Kesemua mereka berusia antara 25 hingga 49 tahun.
Dua daripada 6 tertuduh merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia.
BACA: Hampir 80 rakyat Malaysia jadi militan IS di Syria - Ayob Khan
BACA: TLDM kenal pasti anggota terlibat IS menerusi media sosial
Dua daripada 6 tertuduh merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia. - Foto PDRM
Salah seorang tertuduh Murad Halimuddin merupakan bekas anggota kanan kumpulan militan Malaysia yg pernah terlibat dalam konflik bersenjata di Afghanistan, Sulawesi dan Syria.
Manakala seorang lagi tertuduh merupakan perancang utama dalam cubaan rompakan senjata api di Balai Polis Guar Cempendak, Kedah pada Februari 2001.