ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang di Taman Derga Jaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima laporan orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya dan menemui mayat di dalam longkang tersebut dalam keadaan tertiarap, pada jam 6.30 petang.
Katanya, ketika itu, anjing saksi menyalak dan membawanya ke tempat penutup besi di dalam longkang.
“Saksi membuka penutup besi dan terkejut menjumpai mayat lelaki tertiarap di dalam longkang dan terus menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.
Siti Nor Salawati berkata, polis menemui barangan peribadi termasuk kad pengenalan dan menghubungi ahli keluarganya yang terus ke lokasi kejadian dan membuat pengesahan mayat mangsa.
Katanya, hasil siasatan terhadap isteri mangsa mendapati, mangsa keluar rumah pada jam 3.30 petang semalam tanpa memaklumkan arah tujuannya.
Menurutnya, mangsa yang berusia 58 tahun itu mempunyai sejarah penyakit Parkinson dan mengalami masalah mental sejak 13 tahun lalu.
“Hasil siasatan ke atas tubuh mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk tindakan lanjut,” tambahnya.
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 26 2024
Mayat seorang lelaki berusia 58 tahun yang mempunyai sejarah penyakit Parkinson dan masalah mental ditemukan oleh orang awam tertiarap dalam longkang di Taman Derga Jaya, Alor Setar, petang semalam. - Foto Astro AWANI
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini sehingga 26 Ogos.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Pemotong rumput terkejut jumpa mayat dalam longkang
Saksi Muhammad Musaha, 35, berkata, ketika itu dia melakukan kerja-kerja memotong rumput.
Mayat lelaki ditemukan dalam longkang
Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian jam 6.34 petang, pada Rabu lalu.
Polis kesan waris mayat lelaki ditemukan dalam longkang besar
Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di dalam longkang besar berhampiran pasar pagi, Jalan Papan, Pandamaran pagi tadi.
Gelandangan temui ajal selepas terjatuh dari pokok mangga
Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.25 pagi berhubung penemuan mayat lelaki berkenaan.
Mayat reput dalam longkang depan sekolah
Mangsa ditemui masih dalam keadaan berpakaian dan terlentang dalam longkang berkenaan.
Penduduk gempar terjumpa mayat dalam longkang
Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa atau sebarang kesan pergelutan.