awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid

Bernama
Bernama
04/03/2025
11:00 MYT
Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Polis merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang guru lelaki sebuah sekolah di Dengkil, Sepang dipercayai mempunyai hubungan 'istimewa' dengan anak muridnya berusia 12 tahun.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.
Beliau berkata polis turut merampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek untuk dianalisis bagi membantu siasatan.
"Siasatan hampir selesai dan hanya menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital sebelum kita melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Hussein berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah pelajar cemerlang, aktif dalam kokurikulum serta tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
"Suspek pula tidak mempunyai rekod salah laku disiplin dan memperoleh penilaian prestasi tinggi sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai guru. Suspek juga seorang duda dan bapa kepada tiga anak," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa kandung mangsa pada 26 Februari lepas selepas menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8 dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru lelaki
#sekolah di Dengkil
#jalin hubungan dengan murid
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan