awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/03/2025
09:04 MYT
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Sebelum ini, polis mengesahkan wanita warga Jepun berusia 50-an yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya pada Jumaat lalu adalah Akiko. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menegaskan, meskipun kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun pihaknya akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut.
“Kita akan lihat sama ada mangsa mempunyai masalah kemurungan ataupun masalah kesihatan yang memerlukan ubat-ubatan ini.
"Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah mangsa yang dipercayai daripada Jepun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Sehubungan itu, Hussein memberitahu, ubat-ubat yang dirampas itu akan diserahkan kepada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan untuk mendapat pandangan pakar mengenai kegunaannya.
Tambah beliau, polis juga sedang menyiasat sama ada mangsa pernah menerima rawatan kemurungan di Malaysia atau negara asalnya.
“Sekiranya perlu, kita akan mendapatkan bantuan pihak di Jepun berhubung ubat-ubatan ini, maka kita akan minta bantuan pihak kedutaan Jepun," ujar beliau.
Dalam pada itu, menurutnya, setakat ini enam individu termasuk suami mangsa serta anaknya sudah dirakam keterangan.
"Empat lagi individu yang dirakam keterangan adalah kakitangan hospital yang menjalankan bedah siasat serta saksi awam yang ada di tempat kejadian semasa mayat mangsa ditemui," katanya.
Sebelum ini, polis mengesahkan wanita warga Jepun berusia 50-an yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya pada Jumaat lalu adalah Akiko.
Kes diklasifikasikan sebagai SDR kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini.
Topic Berkaitan
#Ridz Okumura
#Akiko Okumura
#ubat-ubatan dari Jepun
#kematian mengejut Ridz Okumura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan