KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerima enam kes sengatan ubur-ubur berbisa spesis Physalia Physalis melibatkan enam kanak-kanak berusia satu hingga 11 tahun, Jumaat lepas.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata kes sengatan ubur-ubur yang turut dikenali sebagai Portuguese Man o' war itu dikesan di Bachok iaitu dua kes di Pantai Melawi, manakala empat kes di Pantai Baru, di sini.
Beliau berkata kesemua mangsa diberikan rawatan awal di Klinik Kesihatan Bachok dan telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh serta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Menurut Dr Zaini mangsa yang terkena sengatan akan mengalami gejala kesakitan, bengkak dan gatal-gatal pada tempat sengatan.
"Kesemua mangsa, bagaimanapun telah dibenarkan pulang setelah pemeriksaan kesihatan mendapati keadaan mereka stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada antivenom untuk bisa yang disebabkan oleh sengatan ubur-ubur spesies berkenaan dan rawatan yang diberikan adalah untuk melegakan gejala.
Sehubungan itu, Dr Zaini menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan tidak berenang di kawasan yang telah disahkan kehadiran hidupan berkenaan serta tidak menyentuh sehingga keadaan selamat dan makluman rasmi dikeluarkan oleh pihak berkenaan.
"Sekiranya terkena sengatan, orang ramai diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran," katanya.
Difahamkan, spesies ubur-ubur itu telah dikesan di perairan Pahang dan Terengganu serta mempunyai sengatan berbisa dan boleh membawa kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Kes sengatan ubur-ubur yang turut dikenali sebagai Portuguese Man o' war (foto) itu dikesan di Bachok iaitu dua kes di Pantai Melawi, manakala empat kes di Pantai Baru. -Gambar fail/Sinar Harian
ASNB lancar platform Ria, raih 6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Enam kes sengatan ubur-ubur dikesan di perairan Kelantan
Dr Zaini berkata kes sengatan ubur-ubur yang turut dikenali sebagai Portuguese Man o' war itu dikesan di Bachok iaitu dua kes di Pantai Melawi, manakala empat kes di Pantai Baru.
Pengunjung Pantai Pulau Kekabu disengat ubur-ubur
APM Terengganu menerima satu laporan melibatkan kes pengunjung disengat ubur-ubur di Pantai Pulau Kekabu, Marang.
Tiga lagi kes serangan ubur-ubur di Pantai Bukit Keluang, Besut
Tiga lagi kes serangan ubur-ubur dilaporkan berlaku serentak di pantai Bukit Keluang dekat Besut pada Jumaat lepas.
Jangan sentuh ubur-ubur di Pantai Batu Hitam
Jabatan Perikanan telah ke lokasi bagi mengenal pasti dan mengambil sampel untuk mengesahkan spesies haiwan itu selepas menerima maklumat ada individu disengat.
UMT belum terima sampel ubur-ubur dalam insiden di Pantai Bukit Keluang
Mohd Fazrul Hisam meminta mana-mana individu atau orang ramai yang terkena sengatan agar mengambil dan menyerahkan sampel ubur-ubur kepada pihaknya.