awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki curi kabel diberkas polis

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2023
02:40 MYT
Enam lelaki curi kabel diberkas polis
Polis merampas sebuah lori dan pelbagai kabel dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di Ampang pada Rabu. - Foto Sinar Harian
AMPANG: Polis menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kes curi kabel di hadapan sebuah sekolah di Jalan AU4, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 12.12 tengah malam, seorang lelaki berusia 31 tahun ternampak sekumpulan lelaki sedang menarik kabel dan memasukkan ke dalam sebuah lori.
"Pengadu yang juga seorang mekanik segera menghubungi talian 999 untuk menyalurkan maklumat berkaitan kes tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Azam berkata, sepasukan polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira 13 minit kemudian untuk membuat tangkapan.
"Kita telah menahan tiga lelaki warga tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia 18 hingga 32 tahun bekerja sebagai kontraktor serta bekerja sendiri," katanya.
Menurutnya, pihak polis turut membuat rampasan pelbagai kabel, alat pemotong kabel dan sebuah lori yang digunakan semasa kejadian.
"Semakan lanjut mendapati tiga suspek mempunyai rekod kesalahan lampau kes jenayah.
"Suspek direman empat hari bermula Rabu hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#Mohd Azam Ismail
#mekanik
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan