awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lori balak diarah berpatah balik

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2021
02:55 MYT
Enam lori balak diarah berpatah balik
Grippin (kanan) memeriksa lori balak pada operasi semakan pematuhan muatan balak. - Foto ihsan JPNP
KUANTAN: Enam lori yang membawa muatan kayu balak diarah berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi menyusun semula balak yang dibawa mengikut garis panduan ditetapkan.
Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Dr Grippin Akeng berkata, arahan itu diberikan selepas mengesan lori terbabit membawa muatan balak secara berbahaya dan gagal patuhi garis panduan ditetapkan.
Menurutnya, garis panduan berkaitan muatan kayu balak setiap lori balak telah disediakan membabitkan saiz panjang dan ketinggian serta susunan.
"Kita telah jalankan operasi semakan pematuhan muatan balak selama dua hari di daerah Rompin dan Jerantut. Sebanyak 35 lori balak telah dijalankan pemeriksaan dan enam daripada jumlah itu tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.
"Jadi, kita arahkan enam lori balak ini untuk berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi membolehkan mereka menyusun semula hasil balak terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Operasi semakan pematuhan muatan balak itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad.
Grippin menjelaskan, peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk keselamatan bukan sahaja kepada pemandu lori balak tetapi turut membabitkan pengguna jalan raya yang lain.
Katanya, pemandu lori balak perlu mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelak berlaku sebarang masalah ketika membawa muatan balak.
Tambahnya, sepanjang pemeriksaan dan pemerhatian, masih lagi terdapat pemandu lori balak yang bersikap degil dalam mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
"Justeru, pihak kita akan terus mengadakan operasi bersepadu dengan JPJ dalam usaha mengesan pemandu lori balak yang tidak mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
Selain itu, beliau berkata, poster turut diedarkan kepada balai pemeriksaan hutan berkaitan panduan muatan dan pengangkutan kayu balak serta tatacara bagi pengeluaran kayu jaras, sisa kayu dan kayu api yang perlu dipatuhi terutama oleh pemandu lori balak.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Enam lori balak diarah berpatah balik
Topic Berkaitan
#balak
#Lori
#patah balik
#garis panduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan