awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut kemalangan ngeri di Lahad Datu, anggota polis dan isteri antara mangsa

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
10/06/2020
05:20 MYT
Enam maut kemalangan ngeri di Lahad Datu, anggota polis dan isteri antara mangsa
Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto PDRM
Enam maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, tiga kenderaan yang terbabit adalah sebuah Isuzu Dmax (pacuan empat roda), sebuah Proton Saga dan sebuah treler.
Akibat kemalangan, treler terbabit turut terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter manakala dua lagi kenderaan remuk teruk di atas jalan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.51 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi, semua mangsa masih tersepit di dalam ketiga-tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Pasukan Bomba terpaksa menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan malang berkenaan.
"Semua enam mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu lori, dua mangsa terdiri seorang lelaki dan wanita. Sumber memberitahu mereka adalah suami isteri, dan si suami adalah seorang anggota polis, yang menaiki Isuzu Dmax serta dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki Proton Saga, identiti kesemua mangsa masih dikenalpasti, maklumat lanjut pihak polis akan berikan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.51 pagi. - Foto PDRM
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.51 pagi. - Foto PDRM
Tambah Kamarulzaman kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kemalangan
#Lahad Datu
#Malaysia
#mangsa
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#polis
#Proton
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan