LA PAZ: Enam terbunuh termasuk empat pegawai kementerian kesihatan selepas sebuah pesawat Tentera Udara Bolivia terhempas di kawasan Amazon Agua Dulce di Pando pada Sabtu.

Wakil komander Polis Bolivia, Kolonel Luis Cuevas berkata pesawat itu terhempas tujuh minit sejurus berlepas dari perbandaran Riberalta, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Semua penumpang dan anak kapal maut dalam kejadian itu," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pesawat itu membawa empat pegawai yang ditugaskan untuk Program Denggi-Chikungunya.

-- BERNAMA