KUALA PILAH: Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi penggal ke-15 mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.
Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan itu bermula 10.15 pagi di Istana Besar Seri Menanti di sini.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah
Selain itu, Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.
Pada majlis hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan senarai Exco yang telah mendapat perkenan Tuanku Muhriz, terdiri daripada enam muka baharu dan empat ADUN dilantik kembali ke jawatan itu.
Exco baharu itu adalah Datuk Seri Jalaluddin Alias (Exco Kanan), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Datuk Ismail Lasim, Mustapha Nagoor, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.
Sementara Exco yang dilantik semula ialah Teo Kok Seong, Nicole Tan, J. Arul Kumar dan S. Veerapan.
PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos lepas menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan itu bermula 10.15 pagi di Istana Besar Seri Menanti. - Foto Sinar Harian

Kenderaan berat gagal patuhi peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberi amaran tegas kepada pemilik lori dan kenderaan berat yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM)
Dari tingkat 70 Menara Jam Makkah, pemandangan yang tak pernah jemu dipandang. Kaabah tetap menakjubkan, dari mana pun kita melihatnya
Dari tingkat 70 Menara Jam Makkah, pandangan Kaabah yang tak tergambar indahnya. Subhanallah.
Kalau dapat tengok pemandangan macam ini setiap hari, agaknya hati pun lebih tenang.
Pernah tak anda tengok Kaabah dari atas macam ni? Moga kita semua dijemput ke Tanah Suci.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Kalau dapat tengok pemandangan macam ini setiap hari, agaknya hati pun lebih tenang.
Pernah tak anda tengok Kaabah dari atas macam ni? Moga kita semua dijemput ke Tanah Suci.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Polis terima maklumat NGO bakal anjur perhimpunan di ibu negara Sabtu ini
Polis sahkan terima makluman perhimpunan Himpunan Melayu Berdaulat oleh NGO di Kompleks Sogo, dengan sasaran lebih 15,000 peserta; perbincangan dengan penganjur masih berlangsung. #AWANInews

AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM
AirAsia memeterai kontrak perkhidmatan carter dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM99.5 juta.

LIMA'25: PM Defence, DASAL meterai perjanjian pindah teknologi dron
Perjanjian yang dimeterai hari ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia membangunkan industri dron tempatan.

Wani Kayrie tayang cincin, peminat ucap tahniah
Tiada kenyataan rasmi diberikan oleh Wani walaupun media cuba mendapatkan penjelasan.
Kes Zahid - Dr M ditangguh 21 Julai
Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding komital Ahmad Zahid terhadap Dr Mahathir ke 21 Julai, susulan permohonan peguam plaintif untuk meneliti afidavit yang baru diterima.

YTL Power di landasan tepat lancar superkomputer pertama pada suku ketiga
(YTL Power) dijangka melancarkan superkomputer pertama di Malaysia yang menggunakan Nvidia GB200 Grace Blackwell Superchip pada platform Nvidia DGX Cloud menjelang suku ketiga tahun ini.
'Itu sekadar pandangan peribadi sahaja' - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata cadangan untuk menaikkan had umur persaraan daripada 60 kepada 65 tahun sekadar pandangannya peribadinya sahaja.
Kelonggaran pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
Institusi pendidikan tinggi awam dan swasta diberikan kelonggaran melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal.

Enam muka baharu antara 10 Exco Negeri Sembilan
Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu bermula jam 10.15 pagi.