KUALA LUMPUR: Ketetapan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membenarkan enam pemain import berada di atas padang dalam satu-satu masa bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024-2025 dilihat lebih merugikan pemain tempatan sedia ada.
Bekas pemain pertahanan negara, Razman Roslan berkata walaupun keputusan MFL ada impak positif namun ia bakal menyukarkan pemain tempatan memburu slot kesebelasan utama sesebuah pasukan sekali gus berpotensi mengurangkan minit perlawanan mereka untuk mewakili skuad kebangsaan.
"Kadang-kadang, pemain di bawah ini menunggu masa untuk naik, tapi bila sampai masanya dengan kemasukan pemain import, mereka tidak berjaya mendapatkan tempat itu. Ia amat merugikan pemain, kita ada ramai bakat untuk diperkembangkan sebenarnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran program pembangunan bola sepak wanita oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan sebuah jenama sukan antarabangsa (Adidas), di sini semalam.
Beliau yang juga bekas pemain Selangor berpendapat bukan kesemua pemain import benar-benar berkualiti namun jurulatih lebih memilih menggunakan khidmat mereka disebabkan status pemain import itu.
"Namun mungkin untuk kita sebagai liga profesional yang nak main di Liga Juara-juara Asia (ACL) perlukan perkara ini (enam import) saya rasa MFL terpaksa buat. Secara jujurnya amat merugikan pemain tempatan," katanya.
Razman berkata, Malaysia sudah pernah membuktikan kemampuannya melahirkan pemain yang dibanggakan negara seperti Mohd Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sehingga mampu menjuarai Piala Bola Sepak ASEAN (AFF) walaupun ketika itu tiada khidmat pemain import digunakan.
Baru-baru ini, MFL menerusi kenyataan mengekalkan kuota sembilan pemain import dalam pendaftaran bagi musim 2024-2025 dan hanya pasukan-pasukan yang bersaing di pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan ACL 2 serta pertandingan kelab ASEAN (AFF) dibenarkan mendaftar tambahan satu pemain import.
Namun selepas menerima permintaan beberapa kelab, MFL serta mendapat persetujuan daripada kelab-kelab Liga-M yang lain, MFL mengumumkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang untuk musim 2024-2025.
Ini menyaksikan kuota musim 2024-2025 yang dipersetujui semua pasukan adalah enam pemain import (iaitu 4+1 (Asia) +1 (ASEAN) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang lagi pemain import di bangku simpanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Razman berpendapat bukan kesemua pemain import benar-benar berkualiti namun jurulatih lebih memilih menggunakan khidmat mereka disebabkan status pemain import itu. - Gambar fail/BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Enam pemain import atas padang rugikan pemain tempatan - Razman
Razman berkata walaupun keputusan MFL ada impak positif namun ia bakal menyukarkan pemain tempatan memburu slot kesebelasan utama.
Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.
Razman kapten, Thiago tekad buru gol
Pemain pertahanan Razman Roslan dan Thiago Junior berdepan cabaran berbeza apabila turun mewakili pasukan Pilihan Malaysia berdepan Liverpool.
Isu keengganan pemain selesai - Dollah
Ketua jurulatih bolasepak negara, Dollah Salleh lega isu keengganan pemain beraksi dengan skuad negara selesai menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Razman tolak aksi Liverpool
Kapten Pahang, Razman Roslan menganggap dirinya ditahap belum bersedia untuk aksi perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia berdepan Liverpool pada 24 Julai ini.