JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak seharusnya dihentam teruk sehingga digelar 'jaguh kampung' selepas tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 di Stadium Kawasaki Todoroki pada Selasa.
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur biarpun saingan peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan.
Pemerhati bola sepak tempatan, Razman Roslan berkata, JDT sudah memberikan yang terbaik, namun tidak bernasib baik tewas dua perlawanan kepada Kawasaki Frontale yang sememangnya memiliki kualiti lebih baik.
Menurutnya, JDT juga mampu memberikan saingan dalam peringkat kumpulan apabila berjaya membenam kelab Thailand, BG Pathum United sebelum turut melakar kemenangan ke atas wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
“Saingan ACL ini bukan calang-calang kejohanan kerana diisi oleh pasukan yang terbaik di Asia. Mana-mana pihak yang nak kritik JDT pun kena lihat situasi sebab sebelum ini mereka juga pernah menang dengan Ulsan Hyundai yang juga gergasi dalam Liga Korea.
“Daripada situ kita dapat lihat kualiti yang ada pada JDT. Saya tengok dari segi permainan JDT boleh mencabar Kawasaki Frontale dengan ada juga percubaan yang dicipta, cuma keputusan tidak memihak kepada mereka.
“Sepatutnya kita sebagai peminat mahupun penyokong bola sepak Malaysia bukan mengkritik, sebaliknya terus memberikan sokongan kepada JDT.
“Mereka satu-satunya pasukan wakil dari Malaysia di pentas tersebut dan mengharapkan mereka mampu melangkah lebih jauh pada tahun-tahun akan datang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Untuk rekod, JDT melakar dua kemenangan ke atas BG Pathum United serta Ulsan Hyundai untuk berada di kedudukan ketiga Kumpulan I dengan enam mata.
Skuad Harimau Selatan akan melengkapkan aksi Kumpulan I menentang BG Pathum di Stadium Sultan Ibrahim pada 12 Disember yang mana Kawasaki dan Ulsan sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.
Untuk rekod, pencapaian terbaik JDT di pentas ACL adalah mara ke pusingan 16 terbaik pada musim 2022 sebelum langkah mereka terhenti ditundukkan kelab terkemuka Jepun, Urawa Red.
Dalam pada itu, Razman percaya JDT akan tampil lebih baik dalam saingan ACL 2024 selepas terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal musim ini. “Sasaran JDT ini bukan sahaja untuk masuk ke ACL, sebaliknya untuk perbaiki kelemahan mereka. Itu memang sikap dan visi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 30 2023
Penyerang import JDT, Heberty Fernandes (kiri) diasak pertahanan Kawasaki Frontale dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Kawasaki Todoroki pada Selasa. - Facebook Johor Southern Tigers
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
Tunku Ismail meluahkan kekecewaannya kerana JDT tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.