NATIONAL
Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dari Kelantan didapati positif dadah

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok.
KOTA BHARU: Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita dari Kelantan yang ditahan polis Thailand semalam bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Ringkasan AI
- Enam rakyat Malaysia, termasuk seorang penyanyi dari Kelantan, ditahan polis Thailand dengan 6,000 pil kuda dan didapati positif methamphetamine.
- Suspek, berumur antara 25 hingga 34 tahun, akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk proses reman.
- Dua suspek masuk ke Thailand melalui pangkalan haram, manakala empat lagi melalui ICQS Rantau Panjang.
Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, pada 6 pagi, Jumaat.
Hasil pemeriksaan di dalam bilik terbabit telah menemukan kira-kira 6,000 biji pil kuda dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk tindakan lanjut.
Dilaporkan dua daripada suspek yang ditahan, dipercayai memasuki Thailand menggunakan pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, manakala empat lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami