awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam sekeluarga melecur dalam insiden rumah terbakar di Sekinchan

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2021
23:09 MYT
Enam sekeluarga melecur dalam insiden rumah terbakar di Sekinchan
Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah didiami mereka mengalami kebakaran di Jalan Makmur, Pasir Panjang, Sekinchan. -JBPM
SEKINCHAN: Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah didiami mereka mengalami kebakaran di Jalan Makmur, Pasir Panjang, di sini.
Menurut Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, pihaknya menggerakkan 16 anggota dan jentera sejurus panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 3 pagi, hari ini.
"Enam mangsa berusia lingkungan 8 hingga 41 tahun berada di rumah tersebut ketika kejadian dan berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai di lokasi.
"Bagaimanapun kesemua mereka mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung yang musnah 90 peratus dan sebuah kereta jenis Proton Wira dan berjaya dipadamkan pada 4.15 pagi," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Antara mangsa terlibat Jamri Manap, 41; Jurina Aziz, 46; dan anak mereka Mohd Raziq Azrai, Norhidayah, 17; Norain Jamalin, 12; dan Mohd Zazil Hidayat, 8.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#rumah terbakar
#Pasir Panjang
#Norazam Khamis
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan