SYDNEY: Angka kematian insiden tikaman di sebuah pusat beli-belah yang sibuk di Bondi Junction, Sydney, Australia pada Sabtu meningkat kepada enam orang termasuk seorang kanak-kanak.
Mangsa keenam merupakan ibu kepada kanak-kanak yang masih dirawat di hospital dengan kesan tikaman, lapor The Sydney Morning Herald.
Menurut Asisten Komisioner Polis New South Wales Anthony Cooke, sebahagian besar mangsa berada dalam keadaan kritikal.
"Sebahagian besar daripada mereka berada dalam keadaan serius dan kritikal pada ketika ini, dan saya tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan mengenai mangsa-mangsa tersebut.
"Saya tahu salah seorang daripada mereka adalah seorang kanak-kanak kecil," kata Cooke kepada CNN.
Suspek, menurutnya, berjaya ditembak mati setelah dia mengacukan pisau ke arah seorang anggota polis wanita dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan itu.
Cooke bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek. Berdasarkan siasatan awal, dia menambah penyerang bertindak seorang diri dan motif serangan sedang disiasat.
Reuters melaporkan ratusan pengunjung pasar raya telah dipindahkan dari pusat beli-belah itu selepas serangan.
Dalam masa sama, CNN turut melaporkan lapan individu termasuk seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital berdekatan.
Sementara itu, Perdana Menteri Australia Anthony Albenese berkata beliau telah diberi taklimat mengenai tragedi tersebut.
"Tragisnya, banyak mangsa telah dilaporkan, dan doa saya untuk semua warga Australia, mereka yang terjejas dan orang tersayang," tulisnya di laman X.
Sementara itu, dua saksi lelaki memberitahu 9 News yang mereka nampak seorang wanita dan bayinya ditikam dalam serangan berdarah itu.
"Kami memegang bayi tersebut dan cuba menyelamatkannya. Begitu juga dengan ibunya, dengan menekap luka untuk menghentikan darah," katanya memetik laporan CNN lagi.
Agensi
Sat Apr 13 2024
Petugas kecemasan berada berhampiran Bondi Junction selepas insiden tikaman membabitkan beberapa mangsa di dalam pusat beli-belah Westfield Bondi Junction di Sydney, 13 April 2024. -Reuters
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.
Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin
Keputusan tiga negara itu iktiraf Palestin dianggap sebagai ganjaran kepada Hamas, kata Kementerian Luar Israel.
Olahraga Para Dunia: Ammar Aiman bolot pingat gangsa
Ammar menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan 48.16s untuk menggondol pingat gangsa.
MPI sedia beri latihan kepada korporat tingkat kerjasama dengan media
Yong berkata, pihak korporat ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas.
Enam termasuk kanak-kanak maut ditikam di pusat beli-belah Sydney
Suspek dilapor berjaya ditembak mati di lokasi kejadian dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan.