awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam wanita Malaysia misi tawan Gunung Elbrus selamat

Dinni Azween Zakaria
Dinni Azween Zakaria
01/09/2017
13:47 MYT
Enam wanita Malaysia misi tawan Gunung Elbrus selamat
Pada percubaan pertama, kesemua peserta pendakian ini terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk. - Astro AWANI/Dinni Azween
Enam pendaki wanita dari Misi Srikandi Prihatin dalam menawan Gunung Elbrus sejak 25 Ogos lalu selamat dan tidak terjejas dengan insiden banjir lumpur pada awal Jumaat, ujar petugas pemantau misi berkenaan.
Difahamkan mereka masih berada di Pergunungan Elbrus bagi meneruskan misi itu yang membabitkan percubaan kedua.
Pada percubaan pertama peserta pendakian terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk.
Mereka ialah Ren'ee Aziz Ahmad, 56 tahun; turut bersamanya adalah Nurul Huda Shamsuddin, 31; Nir Azmin Adnan, 34; Fairul Asmaini Mohd Pilus, 35; Ummu Farah Haidar Zulkifli, 30; dan Fazilah Abd Manan, 41.
Hari ini portal media luar negara melaporkan 300 pelancong termasuk 100 dari luar negara terperangkap di kawasan Pergunungan Elbrus sekitar Kabardino-Republik Balkar.
Ia berikutan kejadian banjir lumpur susulan hujan serta ribut pada jam 11 pagi waktu tempatan.
Topic Berkaitan
#banjir lumpur
#bencana
#Gunung Elbrus
#pendaki
#pendaki wanita
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan