awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat

Sinar Harian
Sinar Harian
01/12/2023
01:30 MYT
Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat
Suspek tiba-tiba membaling sesuatu ke arah mangsa sehingga menyebabkan mata mangsa cedera. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki di Selangor pada Rabu kerana didakwa mencederakan mata kiri ibu angkatnya selepas berlaku selisih faham dalam kejadian pada 11 November lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 67 tahun yang merupakan pesara itu membuat laporan polis pada Selasa lepas, berhubung kejadian itu.
Menurutnya, lelaki berusia 25 tahun itu merupakan anak angkat wanita tersebut yang dibelanya sejak berumur 10 hari.
"Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari di rumah pengadu di Taman Seremban Jaya Idaman di sini. Selisih faham terjadi apabila suspek mendesak hak milik rumah pengadu dipindahkan kepada anak suspek.
"Suspek tiba-tiba membaling sesuatu ke arah pengadu sehingga menyebabkan mata kirinya (pengadu) cedera dan mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, suspek juga telah mengambil kenderaan jenis Honda Civic milik pengadu untuk kegunaannya.
"Berikutan itu hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menangkap suspek di Taman BBS, Gombak, Selangor pada jam 1.50 tengah hari, Rabu.
"Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah.
"Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan direman selama empat hari bagi melengkapkan siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cedera ibu angkat
#selisih faham
#hak milik rumah
#Arifai Tarawe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan