awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eni FIM World Superbike sudah hampir. SIC tawarkan harga tiket istimewa

Astro Publication
Astro Publication
10/06/2015
23:30 MYT
Eni FIM World Superbike sudah hampir. SIC tawarkan harga tiket istimewa
Dengan kembalinya eni FIM World Superbike 2015 (WSBK) di Malaysia pada tahun ini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menawarkan harga tiket yang sangat istimewa terutama bagi akses ke Paddock.
Dengan hanya RM265, peminat-peminat dunia motosikal akan mendapat akses ke Paddock dan mendapat pengalaman yang sangat menarik apabila mereka boleh berada dekat dengan pelumba-pelumba handalan pujaan mereka. Bukan itu sahaja, sesiapa yang membeli tiket ini juga dapat memilih untuk menyaksikan perlumbaan dari Grandstand dan dari bumbung Paddock sepanjang tiga hari perlumbaan ini berlangsung. Walaubagaimanapun, sesiapa yang ingin membeli tiket istimewa haruslah membeli tiket ini secepat mungkin kerana tawaran ini akan tamat pada 1 Julai 2015 sebelum harganya kembali kepada asal iaitu RM530.
Terdapat juga pakej istimewa yang ditawarkan bagi tiket Paddock ini dan peminat boleh membelinya dengan harga Rm307.40 sesudah GST. Sekiranya peminat membeli tiket selepas promosi tamat, mereka perlu membayar RM572.40.
Bagi penganjuran kali ke dua WSBK di Sepang, SIC juga telah menyiapkan ruangan khas di tempat duduk Diamond yang terletak di Grandstand. Harga tiket yang ditawarkan ketika promosi masih berjalan ini adalah RM84.80 (termasuk GST). Harga tiket bagi tempat duduk K1 semasa promosi ini adalah RM63.60 (termasuk GST), dengan harga asal tiket adalah RM84.80. Manakala harga tiket Grandstand semasa promosi ini adalah RM106 dan harga selepas promosi tamat nanti adalah RM137.80 selepas GST.
Bagi pakej istimewa untuk tempat duduk K1 dan Grandstand pula, harga yang ditawarkan adalah RM106 bagi K1 dan RM148.40 bagi Grandstand.
Peminat sukan bermotor, terutamanya motorsikal, harus mendapatkan tiket mereka secepat mungkin sebelum promosi tamat pada Julai 1 nanti.
Topic Berkaitan
# SIC
# WSBK
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan