awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enjin berasap, feri Pulau Pinang berpatah balik

Bernama
Bernama
09/01/2015
08:24 MYT
Enjin berasap, feri Pulau Pinang berpatah balik
Sebuah feri Pulau Pinang menuju ke Pengkalan Raja Tun Uda, George Town terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah enjin hari ini.
Sebuah feri Pulau Pinang yang dalam perjalanan dari Terminal Feri Sultan Abdul Halim, di sini ke Pengkalan Raja Tun Uda, George Town terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah enjin hari ini.
Menurut jurucakap feri seorang petugas menyedari terdapat kepulan asap tebal di bahagian enjin feri kira-kira 10 minit selepas Feri Pulau Payar itu berlepas dari terminal berkenaan.
"Kepulan asap hitam itu boleh dilihat dari terminal dan Pengkalan Raja Tun Uda, bagaimanapun kejadian pada 10.30 pagi itu tidak melibatkan kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian feri dua tingkat itu membawa kira-kira 300 penumpang termasuk mereka yang berada dalam kenderaan masing-masing di tingkat bawah.
"Feri berkenaan berpatah balik ke terminal dan semua penumpang serta kenderaan dipindahkan ke feri lain sebelum mereka meneruskan perjalanan," katanya.
Jurucakap itu berkata berdasarkan pemeriksaan awal, bahagian enjin feri itu rosak menyebabkan kepulan asap hitam keluar dari bahagian belakang feri yang menempatkan enjin feri.
"Pihak pengurusan feri akan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas feri berkenaan bagi memastikan ia dalam keadaan baik untuk membawa penumpang dan kenderaan," katanya.
Topic Berkaitan
#feri
#Feri Pulau Payar
#pulau pinang
#Terminal Feri Sultan Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan