awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL, Astro beri amaran risiko penstriman haram

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
30/09/2025
12:15 MYT
EPL, Astro beri amaran risiko penstriman haram
Fahmi bersama Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah di pelancaran kempen 'Boot Out Piracy' pada Majlis Resepsi Anti-Cetak Rompak anjuran Liga Perdana Inggeris dan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kerjasama rakan penyiar tempatan Astro, melancarkan edisi terbaharu kempen tahunan ‘Boot Out Piracy’ bagi memberi penekanan terhadap bahaya tersembunyi dihadapi peminat menerusi penstriman haram.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius kerana ia berkait rapat dengan keselamatan pengguna.
"Pada tahun 2024 sahaja, kerugian ekonomi akibat cetak rompak di Malaysia dianggarkan mencecah kira-kira RM11 bilion dalam bentuk kehilangan hasil," katanya selepas pelancaran kempen 'Boot Out Piracy' pada Majlis Resepsi Anti-Cetak Rompak anjuran Liga Perdana Inggeris dan Suruhanjaya Tinggi British di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Euan Smith berkata, pihaknya tidak pernah berputus asa dalam mengambil tindakan terhadap pelaku cetak rompak.
"Astro ialah rumah kepada bola sepak. Kami melaburkan sejumlah besar wang untuk membawa sukan hebat ini, acara hebat ini ke Malaysia.
"Kami memberikan persembahan yang terbaik, termasuk semua acara sampingan yang diadakan malam ini, dan semua itu kini terancam. Ia terancam kerana terdapat begitu banyak pihak tidak bertanggungjawab yang menstrim kandungan ini secara haram ke dalam negara.
"Ini bermaksud bukan sahaja Liga Perdana Inggeris yang terancam, tetapi Astro sendiri turut terancam, kerana tiada gunanya kami menghasilkan atau membeli kandungan jika ia hanya dicuri. Kiraan dan pulangan tidak akan berhasil jika orang terus mencuri kandungan," katanya.
Pada musim 2024/25, Liga Perdana Inggeris mengesan lebih 645,000 penstriman langsung dalam talian yang melanggar hak serta hampir 900,000 klip rakaman perlawanan yang tidak dibenarkan.
Dengan kerjasama rakan-rakan strategik, sebanyak 200,000 domain disekat di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC).
EPL turut menyatakan, pihaknya bekerjasama rapat dengan Astro, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penjual perkhidmatan cetak rompak dan premis komersial yang menayangkan kandungan cetak rompak.
Topic Berkaitan
#penstriman haram
#Cetak rompak
#premis komersial
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan