Skip to main content

Teknologi

Google Translate kini tawar latihan sebutan berasaskan AI

Mempelajari bahasa baharu adalah sangat sukar khususnya jika ia mempunyai gaya sebutan berbeza dengan bahasa ibunda anda sendiri. Sempena ulang tahun Google Translate yang ke-20, aplikasi ini menerima ciri tips melakukan sebutan dengan lebih tepat._AMANZ
Menerusi ciri berkenaan, pengguna boleh berlatih sebutan secara langsung dalam aplikasi apabila sistem mendengar rakaman suara mereka sebelum memberikan cadangan penambahbaikan bagi setiap perkataan dan bunyi. -Foto Amanz

MOUNTAIN VIEW: Sempena ulang tahun ke‑20 Google Translate, aplikasi terjemahan itu memperkenalkan ciri baharu “pronunciation practice” yang membolehkan pengguna berlatih sebutan dengan maklum balas masa nyata berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Menerusi ciri berkenaan, pengguna boleh berlatih sebutan secara langsung dalam aplikasi apabila sistem mendengar rakaman suara mereka sebelum memberikan cadangan penambahbaikan bagi setiap perkataan dan bunyi, lapor Amanz.

Advertisement

Setakat ini, ciri tersebut tersedia untuk pengguna Android di Amerika Syarikat dan India, melibatkan bahasa Inggeris, Sepanyol dan Hindi, sebelum diperluaskan ke pasaran dan bahasa lain.

Google dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan itu kini mencatatkan lebih satu bilion pengguna setiap bulan, dengan kira-kira satu trilion perkataan diterjemahkan merentasi platform Google setiap bulan, angka yang dianggarkan menyamai tempoh pembacaan selama 12,000 tahun secara berterusan.

Pengenalan ciri latihan sebutan ini mencerminkan usaha Google memperluas fungsi Google Translate sebagai alat pembelajaran bahasa yang lebih interaktif, bukan sekadar terhad kepada terjemahan teks.

Sejak dilancarkan pada 2006, Google Translate telah berkembang daripada sistem berasaskan statistik kepada model rangkaian neural pada 2016, dan kini menggunakan model Gemini AI bagi meningkatkan ketepatan serta kefahaman konteks bahasa.

 

Must Watch Video