awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERC yakin kerajaan terima semua syor reformasi pilihan raya

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
18/12/2020
10:36 MYT
ERC yakin kerajaan terima semua syor reformasi pilihan raya
Ab Rashid berkata, bagaimanapun pelaksanaan itu akan mengikut keutamaan dan kesesuaian selain ianya dilihat segera dilaksanakan dalam masa terdekat. - Bernama
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) menzahirkan keyakinan kerajaan akan menerima kesemua 49 syor untuk reformasi pilihan raya yang dikemukakan pihaknya,
Pengerusinya, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman bagaimanapun berkata, pelaksanaan itu akan mengikut keutamaan dan kesesuaian selain melihat ia akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Jadi sekarang ini saya rasa kerajaan pun sudah nampak stabil dan saya diberitahu kerajaan sudahpun melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pengerusi jawatankuasa Kabinet mengenai pilihan raya untuk kaji secara mendalam dan akan ada badan untuk memproses.
“Saya diberitahu juga, mereka mengkaji secara mendalam apa yang boleh dilaksanakan segera. Ini bermakna, secara tidak langsung kerajaan sudah terima untuk diguna pakai.
“Tapi saya tidak boleh cerita lebih daripada itu sebab kami akan berhubung dengan jawatankuasa Kabinet untuk tujuan ini,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama dalam Seminar Minda Merdeka bertemakan 'Memperkasakan Pendidikan Sivik Dan Pengundi: Cabaran Dan Harapan' di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ab Rashid berkata, daripada 49 cadangan yang dikemukakan, sebanyak 32 perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Antara penambahbaikan yang perlu diberi perhatian kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak wujud dalam peraturan sekarang termasuklah peraturan yang perlu dipatuhi oleh kerajaan sementara.
“Kerajaan sementara yang mengambil alih untuk 60 hari perlu ada peraturan khas sebab ia bukan lagi kerajaan biasa. (Kerajaan sementara itu) sudah tiada kuasa dan tidak boleh ikut undang-undang kerajaan biasa tapi lebih baik kalau kita wujudkan peraturan di mana yang sesuai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi membolehkan kerajaan menilai, menyelaras dan memantau semua cadangan dan dapatan yang disyorkan ERC membabitkan urusan pilihan raya di negara ini.
Menurut Takiyuddin, sebaik sahaja kajian selesai, satu laporan berhubung dengan hasil dapatan kajian berserta syor-syor penambahbaikan akan disediakan.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Ray
#ERC
#pilihan raya
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan