awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ericsson bangunkan cip RAN terbaharu guna teknologi pembuatan cip Intel 4

Amanz
Amanz
30/11/2023
07:36 MYT
Ericsson bangunkan cip RAN terbaharu guna teknologi pembuatan cip Intel 4
Cip ini dibangunkan menggunakan proses pengilangan cip Intel 4 (4nm) melalui program IDM 2.0. -Amanz
ERICSSON, syarikat pembuat komponen dan kelengkapan rangkaian (yang juga mempunyai perjanjian kerjasama dengan syarikat infrastruktur rangkaian 5G kebangsaan DNB) hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mula membangunkan satu siri cip RAN (Radio Access Network) yang dikilangkan menggunakan teknologi pembuatan cip Intel 4.
Ini bermakna bahawa siri cip RAN Ericsson, yang terdiri daripada cip RAN Processor 6672 dan cip Radio Processor 6372 boleh menyokong sehingga 6 mod rangkaian 4G dan 5G sekali gus, yang merupakan penambahbaikan yang ketara berbanding dengan penawaran komponen Ericsson sebelum ini.
Cip-cip ini juga boleh menyokong penggunaan di dalam bangunan dan di kawasan luar tanpa masalah, khususnya untuk rangkaian-rangkaian yang menggunakan frekuensi khusus untuk menyiarkan rangkaian internet mudah-alih untuk kawasan-kawasan ini.
Tetapi apa yang lebih menarik ialah cip-cip ini dibangunkan menggunakan proses pengilangan cip Intel 4 (4nm) melalui program IDM 2.0, yang mana Intel mahu menjadi salah satu daripada pengeluar cip semikonduktor terbesar di dunia.
Intel juga dijangka akan bekerjasama dengan Ericsson di masa hadapan dan membangunkan cip-cip pemprosesan ARM dan beberapa klien lain menggunakan proses 18A (1.8nm) pada tahun 2025 kelak.
Intel sepatutnya dilihat memperkenalkan cip pemprosesan generasi ke-14 Meteor Lake mereka sebagai produk pertama Intel 4, tetapi ini juga merupakan sesuatu yang baik kerana ia bermakna bahawa Intel mempunyai klien yang mahu menggunakan khidmat pengeluaran cip semikonduktor mereka. -Amanz
Topic Berkaitan
#rangkaian 5G
#Digital Nasional Bhd
#Radio Access Network
#cip RAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan