KALABAKAN:Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kini dalam proses memperoleh aset logistik membabitkan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dan motosikal scrambler bagi memantapkan rondaan serta kawalan pasukan keselamatan di sempadan negara di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Jamaluddin Mohd Ali berkata permohonan keperluan aset tambahan di darat itu telah dikemukakan melalui Kementerian Dalam Negeri sebelum ini dan diluluskan.
"Permohonan tersebut sudah diluluskan oleh pihak kerajaan secara sewaan dan ketika ini kita dalam proses menunggu ketibaan aset tambahan di darat itu sahaja.
"Kita memohon 18 unit kenderaan lasak ATV serta 10 motosikal scrambler untuk kegunaan pasukan keselamatan di sempadan daerah ini memandangkan keadaan geografi yang berbukit-bukau serta dilitupi hutan tebal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semalam ketika melakukan tinjauan ke sempadan negara antara Serudong di Kalabakan, Sabah dan Simanggaris di Kalimantan Utara, Indonesia yang merupakan lokasi cadangan bagi pembinaan pos kawalan keselamatan.
Jamaluddin juga berkata ESSCom mencadangkan agar pembinaan pos keselamatan itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
"Pembinaan pos berkenaan sebagai usaha membendung sebarang bentuk jenayah melibatkan kedua-dua negara terutama kemasukan pendatang haram dan penyeludupan," katanya.
Beliau berkata maklumat yang diperoleh pasukan keselamatan mendedahkan bahawa terdapat banyak laluan tikus di sekitar kawasan itu yang digunakan tekong darat dan laut untuk melakukan jenayah rentas sempadan.
Katanya kawasan itu berpotensi menjadi laluan untuk penjenayah keluar masuk secara haram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020
Banyak laluan tikus digunakan tekong darat dan laut untuk melakukan jenayah rentas sempadan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom keluarkan senarai 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki
Kesemua suspek dikehendaki itu merupakan warga asing dan mempunyai kaitan atau terlibat dalam jenayah penculikan hang berlaku di ESSZone.
Kamera 'Big Eye' mampu kukuh keselamatan ESSZone
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bercadang memasang kamera resolusi tinggi (Big Eye) di Pulau Bohey Dulang.
ESSCom tunggu aset tambahan untuk mantapkan rondaan keselamatan di sempadan negara
Permohonan keperluan aset tambahan di darat telah dikemukakan melalui Kementerian Dalam Negeri sebelum ini dan diluluskan.
Pemimpin Abu Sayyaf penggal kepala rakyat Malaysia ditahan
Penjenayah Filipina iaitu Sub-Komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang bertanggungjawab memenggal kepala rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen ditahan polis Filipina semalam.
Bina pangkalan khas, guna dron kekang kemasukan pelarian Rohingya - Nawawi
Pelarian etnik Rohingya yang berjaya bolos masuk ke pulau ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom
Struktur dan bentuk sedia ada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu dikekalkan serta ditambah baik.
KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.
Langkah naik taraf aset strategik pasukan keselamatan kritikal bagi pantai timur Sabah - Vivian Wong
Langkah menaik taraf aset strategik pasukan keselamatan di pantai timur Sabah kritikal bagi meningkatkan tahap keselamatan maritim.