KESATUAN Eropah (EU) semalam mendenda Apple sebanyak 1.8 bilion euro, iaitu sekitar RM9.2 bilion, disebabkan salah guna kuasa untuk pengedaran aplikasi penstriman muzik.

EU menyatakan Apple telah menggunakan kuasa pembangunan platform iOS di bawah mereka, dalam menghalang para pembangun aplikasi dalam memaklumkan penawaran harga lebih rendah untuk langganan di luar aplikasi. 

Sebelum ini, EU telah membuka siasatan terhadap Apple selepas aduan oleh pihak Spotify pada 2019 yang lepas.

Apple melalui terbitan akhbar, menyatakan mereka akan melakukan rayuan terhadap keputusan ini.

Apple turut menekankan yang mana EU tidak menemui sebarang bukti menyatakan perkara ini membawa kepada beban kepada pengguna. -Amanz