awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU pantau kecerdasan teknologi pintar, imbangi privasi

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2021
02:01 MYT
EU pantau kecerdasan teknologi pintar, imbangi privasi
Cadangan ini adalah usaha terkini EU untuk mengekalkan kedudukan sebagai standard dalam pemantauan teknologi. - Gambar hiasan
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) umum cadangan untuk memantau penggunaan teknologi kecerdasan buatan.
Ini untuk memastikan kawalan ke atas penggunaan berisiko tinggi yang mampu mengancam keselamatan orang awam dan hak yang terlibat dalam pengecaman muka.
Draf pemantauan kecerdasan buatan ini termasuk untuk penggunaan data seperti pengecaman muka dalam permohanan institusi pendidikan, pekerjaan dan permohonan pinjaman.
Draf berkenaan juga melarang penggunaan secara penuh dalam situasi seperti pemarkahan sosial atau dalam penggunaan yang akan memanipulasikan tingkah laku manusia.
Cadangan ini adalah usaha terkini EU untuk mengekalkan kedudukan sebagai standard dalam pemantauan teknologi, lebih ke hadapan daripada China dan Amerika Syarikat.
Menurut EU, pendekatan yang diambil adalah berasaskan risiko dengan cubaan untuk mengimbangi perlindungan data peribadi pengguna dan menggalakkan inovasi.
Menurut Naib Presiden EC untuk Era Digital dan Persaingan, sasaran mereka adalah untuk menjadikan Eropah bertaraf dunia dalam pembangunan kecerdasan buatan yang dipercayai dan berasaskan kemanusiaan.
"Kami mencadangkan Kertas Putih untuk AI, satu ekosistem yang dipercayai selari dengan ekosistem kecemerlangan.
"Pemantauan kami imbangkan risiko ke atas pengguna dan masyarakat dan pelan kami juga berikan negara ahli langkah untuk ambil peluang tingkatkan pelaburan dan invovasi dalam AI," katanya.
Menurut EU pemantauan ini akan jadikannya benua pertama untuk memberikan panduan dalam pengguan kecerdasan buatan.
Ia juga akan melarang penggunaan pengesanan muka di dalam tempat awam melainkan untuk mencari kanak-kanak hilang, orang yang dikehendaki polis dan elak ancaman pengganas.
EU akan turut melabel 'chatbot' dan 'deep fakes' agar orang awam tahu mereka sedang berinteraksi dengan mesin.
Topic Berkaitan
#AI
#Kesatuan Eropah
#teknologi
#keselamatan
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan