PUTRAJAYA: Malaysia berjaya menjana lebih RM7.2 bilion potensi perniagaan dengan beberapa syarikat yang berpangkalan di luar negara dalam tempoh dua minggu pertama penyertaan Expo 2020 Dubai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah potensi perdagangan dan pelaburan itu diperoleh menerusi 14 memorandum persefahaman (MoU), tiga surat niat (LoI) dan dua memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani 14 syarikat Malaysia.
Beliau memberitahu, MoU tersebut antara lain merangkumi teknologi blockchain dan Internet of Things, minyak dan gas; robotik dan automasi; penternakan aquatic dan bioteknologi; sektor berintensifkan teknologi; kenderaan udara tanpa pemandu; teknologi termal dan ultrasound serta bidang pembangunan dan penyelidikan teknologi pengekstrakan herba," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Perdana menteri menambah, syarikat-syarikat luar negara tersebut berpangkalan di China, Mesir, India, Iran, Oman, Qatar, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.
Sementara itu, katanya, LoI dan MoC pula melibatkan fabrikasi 1,000 unit modular rumah pintar hijau, pengedaran eksklusif kapal tanpa pemandu; sistem pertanian menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan ramalan penyelenggaraan bagi penyelesaian projek.
"Ini merupakan pencapaian yang amat positif sepanjang dua minggu pertama penyertaan Malaysia di ekspo mega ini, ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca COVID-19," katanya lagi.
Beliau menjangkakan momentum itu akan berterusan untuk 25 minggu akan datang dengan sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang terlibat sama.
Ismail Sabri berkata, bertemakan "Energizing Sustainability", pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai turut mencatatkan lebih 50,000 pengunjung bermula 1 hingga 14 Oktober.
Astro Awani
Fri Oct 15 2021
Jumlah potensi perdagangan dan pelaburan itu diperoleh menerusi 14 memorandum persefahaman (MoU), tiga surat niat (LoI) dan dua memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani 14 syarikat Malaysia. -Gambar fail
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Daneshen raih perak di Dubai, sahkan tiket ke Paralimpik Paris
Atlet memanah para negara, G. Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Pengeksportan Orkid Mokara ke Dubai jadi penanda aras industri orkid negara
Pengeskportan orkid ke Dubai mudah kerana tidak memerlukan rawatan kuarantin dan hanya perlu memenuhi syarat PC yang dikeluarkan DOA.
Dubai akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang bermula 2025
Joby Aviation menerima lesen untuk menawarkan perkhidmatan teksi terbang di Dubai bermula 2025 secara eksklusif selama enam tahun.
Eksport orkid Malaysia mampu sumbang RM4 bilion setahun kepada industri florikultur
120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.
Kar Gee tambah koleksi emas negara di Dubai
Wong Kar Gee mengungguli acara itu dengan melakukan lompatan sejauh 6.80 meter.
AI jadi tumpuan pada Sidang Kemuncak Dunia 2024
Kecerdasan Buatan (AI) akan menjadi fokus perbincangan pada World Government Summit pada tahun ini yang berlangsung di Dubai.