awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook akan mula perangi individu muat naik kandungan tidak asli, milik orang lain

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2025
11:20 MYT
Facebook akan mula perangi individu muat naik kandungan tidak asli, milik orang lain
Facebook sedang menguji ciri pengenalan kandungan untuk menambah pautan ke sumber asal, dan perubahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat. -Gambar hiasan/Reuters
META memaklumkan akan memerangi akaun-akaun yang memuat naik kandungan tidak asli – termasuk yang menggunakan kandungan orang lain dari segi teks, gambar, dan juga video.

Ringkasan AI
  • Meta akan mengambil tindakan terhadap akaun yang memuat naik kandungan tidak asli seperti teks, gambar, dan video milik orang lain tanpa kebenaran atau penambahbaikan.
  • Akaun yang melakukan spam, keterlibatan palsu, atau memuat naik video dengan tanda aplikasi lain akan dihadkan capaiannya dan disekat daripada program janaan duit Facebook.
  • Facebook sedang menguji ciri pengenalan kandungan untuk menambah pautan ke sumber asal, dan perubahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Langkah ini dilihat dalam usaha mengurangkan masalah kecurian kandungan orang lain, dan akaun-akaun spam.
Meta mengatakan mereka ingin mengatasi masalah muat naik kandungan daripada penerbit kandungan lain tanpa kebenaran, atau tanpa penambahbaikkan atau sebarang perubahan.
Tidak setakat itu, Facebook juga turut akan memerangi akaun-akaun yang berbentuk spam, atau melakukan keterlibatan palsu pada platform berkenaan.
Meta turut memberikan peringatan untuk tidak menyertakan tanda daripada aplikasi lain pada video berkenaan, seperti logo dan sebagainya.
Akaun-akaun yang didapati melakukan perkara ini secara berulang juga akan dihadkan capaiannya, selain dihalang daripada program janaan duit Facebook.
Facebook juga sedang menguji sebuah ciri yang mengenal pasti kandungan, dan seterusnya menambah pautan ke kandungan asal.
Perubahan ini dijangka dilaksanakan oleh Meta secara berperingkat pada platform Facebook. -Amanz
Topic Berkaitan
#Facebook
#Meta
#kandungan tidak asli
#milik orang lain tanpa kebenaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan