GADGETS
Facebook sokong log masuk guna Passkey

Facebook memperkenalkan ciri keselamatan baharu bernama Passkey yang membolehkan pengguna log masuk tanpa kata laluan, menggunakan pengecaman wajah, cap jari, atau PIN peranti. -Amanz
FACEBOOK kini memperkenalkan ciri keselamatan baharu yang membolehkan pengguna log masuk menggunakan Passkey iaitu kaedah pengesahan tanpa kata laluan yang lebih selamat dan mudah digunakan.
Ringkasan AI
- Facebook memperkenalkan ciri keselamatan baharu bernama Passkey yang membolehkan pengguna log masuk tanpa kata laluan, menggunakan pengecaman wajah, cap jari, atau PIN peranti.
- Passkey akan tersedia di peranti iOS dan Android, dan akan diperluas ke aplikasi Messenger serta menyokong pengisian automatik maklumat pembayaran melalui Meta Pay dan perlindungan sandaran mesej yang disulitkan.
- Pengguna boleh mengurus Passkey melalui Pusat Akaun dalam tetapan profil, dan masih boleh menggunakan kata laluan sebagai alternatif jika peranti tidak menyokong ciri ini.
Ciri ini akan tersedia pada peranti iOS dan Android, dan dijangka diperluas ke aplikasi Messenger dalam beberapa bulan akan datang.
Passkey yang didaftarkan untuk Facebook turut boleh digunakan untuk mengakses Messenger apabila fungsi ini dilancarkan.
Selain untuk log masuk, Passkey juga menyokong pengisian automatik maklumat pembayaran melalui Meta Pay, serta menawarkan perlindungan bagi sandaran mesej yang disulitkan.
Pengguna boleh mengurus Passkey melalui Pusat Akaun (Accounts Center) dalam tetapan profil mereka.
Walaupun Passkey diaktifkan, pengguna masih mempunyai pilihan untuk menggunakan kata laluan sebagai alternatif terutamanya apabila menggunakan peranti yang belum menyokong ciri ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami