awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina nafi KPM keluarkan lima hadis

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2023
10:49 MYT
Fadhlina nafi KPM keluarkan lima hadis
Fadhlina mengambil peluang bertemu pengunjung Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kompleks Media Karangkraf pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: "Tidak betul," tegas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung dakwaan kementerian telah mengeluarkan lima hadis daripada Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.
Jelasnya, kementerian masih dalam proses untuk memuktamadkan hadis tersebut dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak.
"Saya fikir perlu beri ruang kepada kita dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk perhalusi isu ini agar ia berjaya dilaksanakan untuk anak-anak Muslim dan sekolah agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy bahawa KPM telah mengeluarkan lima hadis.
Antara yang didakwa dikeluarkan termasuklah hadis kelapan melibatkan hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah sehingga mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.
Ditanya mengenai ada kemungkinan antara hadis tersebut digugurkan, Fadhlina berkata: "Kami sedang memuktamadkan."
Modul penghayatan hadis itu dilancarkan pada Ogos lalu bertujuan untuk memupuk nilai-nilai sabda atau hadis Rasulullah SAW di peringkat sekolah.
Modul itu akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebelum dilancarkan ke sekolah awam lain. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi
#lima hadis
#Arun Dorasamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan