awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Pilihan Raya DBKL: Adakah pemilihan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing? - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah ke Nairobi bermula 3 Julai, teroka eskport pasaran sawit

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2023
02:50 MYT
Fadillah ke Nairobi bermula 3 Julai, teroka eskport pasaran sawit
Lawatan ini dijangka akan menggalakkan kerjasama dan memberi peluang untuk meneroka potensi yang lebih luas bagi industri minyak sawit negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuasi delegasi ke Nairobi, Kenya bermula 3 hingga 7 Julai ini.
Ia bagi memberi ucaptama dan merasmikan Malaysian Palm Oil Forum – East Africa Region 2023.
Kementerian tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, forum ini diadakan bagi meneroka potensi pengembangan eksport minyak sawit di pasaran Afrika Timur, di samping memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Kenya dalam industri minyak sawit.
"Semasa di Kenya, Fadillah dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Kenya dan Menteri Perdagangan Kenya serta pemain industri sawit di sana.
"Mesyuarat yang akan diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Kenya serta meneroka peluang perniagaan dalam sektor minyak sawit di negara berkenaan.
"Selain itu, jadual lawatan beliau turut meliputi kunjungan ke kilang-kilang pemprosesan minyak sawit dan syarikat-syarikat pengeluaran makanan utama di Kenya," jelasnya.
Pada masa sama, lawatan ini dijangka akan menggalakkan kerjasama dan memberi peluang untuk meneroka potensi yang lebih luas bagi industri minyak sawit negara.
Fadillah juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Kenya.
Untuk rekod, Malaysian Palm Oil Forum – East Africa Region 2023 merupakan platform untuk mempamerkan kepakaran Malaysia dalam industri minyak sawit dan meneroka peluang kerjasama dengan negara-negara Afrika Timur.
Lawatan ini memberi fokus ke atas komitmen Malaysia dalam mempromosi pengeluaran minyak sawit mampan dan memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Kenya serta negara Afrika yang lain.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Timbalan Perdana Menteri
#Kenya
#sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan