awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah mula tugas rasmi sebagai menteri perladangan dan komoditi

Bernama
Bernama
05/12/2022
03:05 MYT
Fadillah mula tugas rasmi sebagai menteri perladangan dan komoditi
Fadillah mengimbas kad perakam waktu semasa hadir untuk menghadiri taklimat bersama pengurusan tertinggi kementerian hari ini. - Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof memulakan tugas rasminya di kementerian itu dengan mengimbas kad perakam waktu tepat pada 8.30 pagi di sini, hari ini.
Ketibaan Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Mad Zaidi Mohd Karli, Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA) Pubadi Govindasamy, Ketua Komunikasi Korporat Nor Ratna Sridewi Mokhtar serta pegawai dan kakitangan kementerian itu.
Sejurus selepas mengimbas kad perakam waktu, beliau dibawa ke pejabatnya untuk menghadiri satu sesi taklimat mengenai kementerian itu bersama ketua-ketua jabatan.
Seterusnya, beliau menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra pada 10 pagi.
Beliau dijadual ke pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi simbolik memulakan tugas rasmi jawatan itu selepas masyuarat Khas kabinet berkenaan.
Ahli Parlimen Petra Jaya itu ialah seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan selain Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Pantau Kerajaan Baharu
#PM10
#Menteri Perladangan dan Komoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan