awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Fahami dan manfaatkan AI” - Fahmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
15/05/2025
03:50 MYT
“Fahami dan manfaatkan AI” - Fahmi
Fahmi menyifatkan kecerdasan buatan (AI) sebagai cabaran besar yang perlu segera difahami dan dimanfaatkan oleh warga Kementerian Komunikasi (KK). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan kecerdasan buatan (AI) sebagai cabaran besar yang perlu segera difahami dan dimanfaatkan oleh warga Kementerian Komunikasi (KK).
Menurut Fahmi, ini kerana AI bukan alat untuk plagiat atau meniru semata-mata, sebaliknya, perlu digunakan sebagai pemudah cara kerja.
“Bayangkan AI seperti Waze atau Google Map. Ia bantu kita cari laluan yang kurang sesak dari titik A ke B. Tapi pemandunya masih lagi kita.
“Jadi nasihat saya kepada warga KK agar segera fahamkan dan manfaatkan AI,” beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 kementerian itu, di ibu negara, hari ini.
Jelas Fahmi lagi, penggunaan teknologi ini harus seiring dengan etika dan tanggungjawab dan bukan dijadikan alasan untuk mengurangkan komitmen atau kecemerlangan dalam tugasan.
“Tapi IA tidak bermakna kita harus kurang cemerlang ataupun kurang mengerah keringat. Kerja tetap kerja tapi boleh dipermudah dengan menggunakan AI,” ujarnya.
Dalam masa sama, Fahmi mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan AI secara membuta tuli.
“Cuma kita perlu berhati hati. Samalah juga kalau kita menggunakan Waze. Bila kita memandu sekiranya Waze kata masuk ke bendang, janganlah masuk.
“Kadang kita dengar berita pemandu terikut sangat Waze. Kita perlu menjadi pemandu yang berhemah. (Maka)… gunalah AI dengan selamat,” ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#AI
#artificial intelligence
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan