Skip to main content

Malaysia

Fahmi ajak rakyat hayati "Aku Berjanji", semarak semangat patriotisme

Sumber: FB FAHMI FADZIL
Fahmi (tengah) menerima kunjungan Faizal (kiri) dan Sani Araby di pejabatnya di Putrajaya, pada Isnin. - Foto Facebook/Fahmi Fadzil
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia mendengar dan menghayati lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk "Aku Berjanji."

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, beliau berkata, lagu hasil ciptaan dan dendangan penyanyi tersohor, Faizal Tahir itu berupaya menyemarakkan semangat cinta akan negara. 

Terdahulu, Fahmi menerima kunjungan Faizal di Putrajaya, dengan penyanyi berkenaan turut berkongsi perkembangan mengenai konsertnya yang dijadual pada 3 Okt depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Saudara Faizal memaklumkan tentang konsert beliau yang akan berlangsung pada Oktober ini. Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, Insya-Allah," katanya.

Selain itu, Fahmi turut menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan figura kemanusiaan antarabangsa, Datuk Dr Sani Araby.

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement