awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing

Bernama
Bernama
24/11/2024
11:00 MYT
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Fahmi berkata langkah itu wajar memandangkan golongan berkenaan banyak menggunakan data internet dan ini akan membantu meringankan beban mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
Beliau berkata langkah itu wajar memandangkan golongan berkenaan banyak menggunakan data internet dan ini akan membantu meringankan beban mereka.
"Syarikat telco juga wajar memudahkan proses mereka untuk menukar kepada pelan yang lebih baik itu nanti, seperti hanya secara dalam talian tanpa perlu ke mana-mana premis," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada 150 pemandu teksi dan e-hailing di Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata sebagai permulaan kepada cadangan tawaran pelan lebih baik daripada telco itu, senarai 150 pemandu yang hadir pada program hari ini akan dilibatkan.
"Kita akan minta syarikat telco semak dahulu pakej-pakej internet yang digunakan 150 pemandu ini, buat senarai dan lihat dari situ apa penambahbaikan tawaran yang boleh diberikan dengan keutamaan ialah lebih banyak data dan harga langganan lebih murah," katanya.
Sementara itu Fahmi berkata beliau melihat terdapat keperluan untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mewujudkan satu usaha sama dengan golongan pemandu teksi di negara ini.
"Kerja mereka ini kerap berurusan dengan orang awam, jadi saya rasa mereka boleh bantu untuk sampaikan maklumat dan berita yang tepat dan betul kepada masyarakat terutama terkait sebarang isu atau persoalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#pakej internet
#pemandu teksi
#e-hailing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan