NATIONAL
Fahmi lawat Pusat Media Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN, puji persiapan rapi

Fahmi beramah mesra dengan petugas semasa melakukan tinjauan di Pusat Media Antarabangsa hari ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini melakukan tinjauan ke Pusat Media Antarabangsa (IMC) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini.
Ringkasan AI
- Persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meninjau persiapan di Pusat Media di KLCC bagi memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung pada 26 hingga 27 Mei.
- Mesyuarat Berkaitan & Kerjasama Serantau: Persidangan ini turut merangkumi dua mesyuarat peringkat tinggi, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.
- Persiapan Keselamatan & Negara Anggota: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan latihan keselamatan untuk menyambut kehadiran pemimpin dunia.
Dalam tinjauan selama 25 minit itu, Fahmi dibawa melihat beberapa kemudahan di dalam IMC yang disediakan bagi melancarkan proses pengamal media membuat liputan.
Antaranya kiosk papan sesentuh untuk memantau maklumat terkini, jaringan WiFi 5G, skrin gergasi memaparkan siaran langsung persidangan, bilik mesyuarat, kafeteria menjamu selera, meja dan tempat duduk lengkap serta kerusi urut.
Fahmi selaku jurucakap Kerajaan Madani menzahirkan rasa puas hati terhadap operasi di IMC dan mengambil maklum cadangan penambahbaikan dikemukakan.
"Segala perancangan berjalan lancar, tahniah kepada semua pihak terlibat. Saya ambil maklum aduan ruang makan sempit ketika waktu puncak.
“Kami akan lakukan perubahan sewajarnya di lokasi. Selain itu, capaian internet di IMC juga memuaskan, rekod menunjukkan kelajuan 1Gbps.
“Satu persiapan yang baik,” ujar beliau dalam Sidang Media Mingguan pada Rabu.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
Turut berlangsung adalah Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025 dan ASEAN-GCC-China.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami