SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sebuah hantaran tular yang mendakwa beliau mengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk ‘gam’ sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN).
Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan hantaran tersebut di media sosial.
“Fitnah. Saya akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Sabtu.
Pada Sabtu, tular sebuah hantaran yang mendakwa bahawa Fahmi mengarahkan RTM supaya tidak menyiarkan sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada PN.
Hantaran tersebut turut mendakwa tindakan ‘gam’ individu-individu tersebut berikutan tindakbalas terhadap kelantangan Menteri Besar Kedah yang mengkritik Fahmi dan menteri.
Selain itu, hantaran itu juga mendakwa wartawan-wartawan untuk media organisasi berkenaan dibenarkan membuat liputan terhadap ketiga-tiga Menteri Besar terbabit namun bahan berita tersebut tidak disiarkan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 29 2023

Fahmi berkata akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan hantaran tersebut di media sosial. -Gambar fail/Bernama

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Malaysia berpotensi jadi peneraju hab digital di rantau Asia Tenggara - Fahmi
Malaysia berpotensi untuk menjadi peneraju hab digital pilihan di rantau Asia Tenggara bagi syarikat luar yang berasaskan teknologi pada masa akan datang.

KKD sokong usaha bawa masuk peralatan studio produksi maya
Membawa masuk kelengkapan peralatan studio produksi maya ke Malaysia mampu menjadi pencetus perubahan kepada industri.

Pencapaian JENDELA memberangsangkan setakat suku keempat 2022 - Fahmi
Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan Internet yang stabil merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Pindaan dua akta berkaitan komunikasi bolehkan isu 3R ditangani - Fahmi
Ia memandangkan banyak perkara dalam akta-akta yang diperkenalkan sejak 1998 itu perlu dikemas kini dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa yang telah jauh berubah.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.

Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh, kereta disimbah cat
Pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang menerima ugutan bunuh selain keretanya disimbah cat dan bahan asid.

Ugut pengarah Mentega Terbang: Jangan ambil tindakan sendiri, luar batasan - Fahmi
Rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.

Isu politik: Semak fakta melalui platform sahih - Fahmi
Fahmi Fadzil menyarankan orang ramai untuk membuat semakan fakta melalui platform disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

KKD nafi menteri keluar kenyataan berkaitan garis panduan Puspal
KKD menafikan Menterinya Fahmi Fadzil pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan garis panduan Puspal, sebagaimana dilaporkan dalam media hari ini.

Fahmi bincang cabaran sektor kurier bersama pemain industri
Cabaran yang dihadapi pemain industri kurier sangat berbeza sebelum dan selepas gelombang "E-Commerce".