awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi Reza disiasat Bukit Aman berkait dakwaan hina TMJ

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/12/2025
11:20 MYT
Fahmi Reza disiasat Bukit Aman berkait dakwaan hina TMJ
M Kumar berkata, siasatan ke atas Fahmi Reza dijalankan susulan satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Fahmi Reza, Isnin lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan artis grafik kontroversi, Fahmi Reza, sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berhubung satu hantaran berunsur fitnah yang didakwa menghina Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Polis siasat artis grafik Fahmi Reza berhubung hantaran fitnah terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
  • Sebanyak 284 laporan diterima polis berkaitan isu yang sama di seluruh negara.
  • Peguam Fahmi Reza mengesahkan kliennya ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung kes tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar berkata siasatan itu dijalankan susulan satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Fahmi Reza, Isnin lalu.
Menurut beliau, setakat ini polis menerima sebanyak 284 laporan berkaitan isu sama di seluruh negara.
"Polis juga selesai merakam percakapan Fahmi Reza di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Kumar berkata, polis turut merampas satu unit telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, Kumar menegaskan polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menghina Institusi Diraja mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan, sama ada di ruang awam mahupun media sosial," ujarnya.
Sementara itu, peguam Fahmi Reza, Rajsurian Pillai, ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan artis grafik berkenaan ditahan kira-kira pukul10.20 pagi ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Topic Berkaitan
#akta hasutan
#TMJ
#Fahmi Reza
#Bukit Aman
#disiasat polis
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan