awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi tinjau persiapan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023

Bernama
Bernama
15/07/2023
21:40 MYT
Fahmi tinjau persiapan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023
Fahmi (tengah) ketika mengadakan lawatan ke tapak majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh, semalam. --fotoBERNAMA
IPOH: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meninjau persiapan akhir Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya semalam.
Beliau turut menghadiri Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk 'Legasi Merdeka' pada 8.45 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 itu juga dijadual menyempurnakan pelepasan program 6,600 Langkah Perpaduan pada 6.30 pagi sebelum menyertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 itu, yang bertema 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung dan pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya Jualan Rahmah, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan serta persembahan artis.
Polis Diraja Malaysia akan membuka kaunter bayaran yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus dari 8.30 pagi hingga 3 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bulan Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#Fahmi Fadzil
#Jualan Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan